BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Botanical Customized Skin Care

Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical dirumus dengan bahan botani yang dipilih khas untuk membantu kulit anda mencapai keharmonian sempurna. Kulit kering tidak lagi berasa kering. Kulit berminyak tidak berasa berminyak lagi, & kulit normal akan berupaya mengekalkan keseimbangan yang sihat.

Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical dirumus untuk anda yang mendambakan penjagaan kulit yang mengimbangkan keperluan penjagaan kulit tertentu serta menjadikan kulit kelihatan berseri-seri.

Bagaimana ia berfungsi?

Setiap produk ini mengandungi kompleks Bio-Enriched yang ekslusif iaitu sejenis sebatian ramuan yang menggunakan ginseng, buah delima & oat.
• Sejak berabad-abad lamanya, ginseng digunakan untuk membantu memulihkan tenaga, meningkatkan daya ketahan & menghalang kelesuan.
• Buah delima ialah sumber yang kaya dengan antioksidan yang dikenalpasti dapat menyekat/ meneutralkan sebatian yang asalnya berbahay, iaitu radikal bebas yang mengganggu rantai tindak balas yang boleh menimbulkan tanda-tanda penuaan.
• Oat dikenal pasti dapat membantu meningkat baik penampilan kulit kerana ia menenang & melembapkan serta merangsangkan sistem pertahanan kulit.
Apakah yang menjadikan Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical berbeza daripada rejimen penjagaan kulit yang lain?
• Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical menawarkan satu sistem penjagaan kulit harian lengkap yang menggabungkan teknologi penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi dalam kompleks Bio-Enriched.
• Adunan teliti ramuan semulajadi ini memberikan hasil yang terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan anda.

Formula 1(untuk kulit kering)
Photobucket
Photobucket

Hibiscus/Bunga raya
• Hibiscus/bunga raya ditambah kedalam semua produk Formula 1 utk membantu menghilangkan rasa tegang yang tidak selesa serta kemerahan yang berkaitan dengan kulit kering.
• Kompenan yang diekstrak daripada hibiscus mempunyai faedah antioksidan & antikeragangan yang dapat mengurangkan kemerahan kulit.
• Diperkaya dengan hibiscus/bunga raya, kulit kering akan segera berasa selesa, tenang & lembut serta mengembalikan kulit dengan keserian baru.
Cleanser 113ml (RM65)
Mask 113g (RM75)
Freshener 150ml (RM65)
Moisturizer 85g (RM80)

Formula 2 (untuk kulit normal)

Photobucket
Photobucket

Putik pokok bic

• Putik pokok bic ditambah kedalam formula 2 untuk mengekalkan keseimbangan yang sihat, sesuatu yang penting kepada kulit normal.
• Dirumus untuk memastikan kulit berada pada keseimbangan yang cantik.
• Pokok Bic dikenal sebagai pokok awet muda, ekstraknya dilaporkan dapat menggalakkan proses semulajadi kulit.
• Produk khusus untuk kulit normal ini memberi tenaga & mencergaskan semula serta meningkatkan kecantikan semulajadi kulit.
Cleanser 113ml (RM65)
Freshener 150ml (RM75)
Mask 113g (RM75)
Moisturizer 118ml (RM80)

Formula 3 (untuk kulit berminyak)

Photobucket
Photobucket

Witch hazel

• Witch Hazel ditambah kedalam semua produk Formula 3 untuk membantu menjernihkan kulit.
• Apabila digunakan dalam produk penjagaan kulit, witch hazel didapati bertindak sebagai astringen lembut, membantu mengawal penghasilan minyak supaya tidak banyak minyak terdapat dipermukaan kulit.
• Witch hazel juga mempunyai kandungan tanin yang tinggi, iaitu sejenis antioksidan kuat yang dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
Cleanser 113ml (RM65)
Mask 113g (RM75)
Freshener 150ml (RM65)
Moisturizer 118ml (RM80)